Friday, June 24, 2016

Kisah Aunty BB

Saja nak kongsi cerita di sini, tentang sikap manusia ni, kadang tu orang yang betul2 buat jahat dan buat banyak kerosakkan pada masyarakat tidak di soal dan di tegur, tapi orang yang buat baik pulak di tegur dan di komen macam-macam, tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak iri hati dan cemburu adoiiyaiii stress di buatnya.



<---Aunty BB di kebun (the green hand lady) sambil melambai tangan memanggil ibu, tiap kali kalau ada pokok bunga yang dia tanam menjadi, dia nak ibu tgk :) so sweet kan.

Satu contoh ibu kasilah ok, ini tentang kisah seorang teman bernama aunty BB, seorang wanita berketurunan india yang agak lanjut usia, seorang balu kematian suami kalau tak silap ibu masa usia dia 50an dia dah kehilangan suami (sama macam ibu), dia ada 4 orang anak 3 perempuan 1 lelaki, hidup sendiri membesarkan 4 anak bukan sesuatu yang mudah, tapi dia seorang yang kuat semangatnya, pernah suatu ketika dia berkerja sebagai pekebun, menjaga kebun kerajaan JTC

baca seterusnya di SINI

Thursday, February 20, 2014

Si Tua dengan si muda, apa ceritanya??

Kenapa? yer
semakin usia kita makin meningkat, ramai yang tidak boleh mengawal diri, sama ada dari segi pertuturan mau pun dari segi mengawal perasaan atau beremosi, apa kah di sebabkan ramai dalam golongan ni sudah mencapai usia monopause atau extrapause? atau di sebabkan faktor usia?

contohnya ada di kalangan sesetengah orang yang sudah berusia, agak payah untuk menahan mulut dari menjadi celupar [maaf yer harus mengunakan ayat ni] contohnya jikalau menegur orang yang lebih muda dan menegur di depan orang lain atau kenalannya, tonasi suara agak menunjuk-nunjuk [atau mengada ngada, dan dgn cara menyindir]  seperti 'sipulan kau ni dah semakin gemok aku tengok, dah sama macam mak engkau' mungkin pada pendapat dia, berkata sedemikian tidak salah dan hanya sebagai gurauan, tapi adakah ia bersesuaian?

baca seterusnya di SINI


Kesedihan dan Kekecewaan

Ya Allah..
sejukkanlah hati ku
dari kesedihan dan kekecewaannya
dalam tidurku malam ini.

dan bangunkan lah aku esok pagi
sebagai jiwa yang lebih percaya diri,
berizki yang berkah.
yang mencintai dan di cintai dengan setia.
yang menjadikan hidupku lebih baik,
lebih indah dan lebih membahagiakan
Amin.....

Maafkan kesalahan orang


Ya Tuhan ku
Berikanlah aku kekuatan
untuk meminta maaf pada orang yang aku lukai
dalam keadaan aku sedar atau pun tidak
dan lembutkanlah hatiku untuk memaafkan kesalahan orang
yang melukai hait ku...
jauhkanlah juga aku dari sikap yang suka memusuhi sesiapapun..
tapi berikan aku hati yang menyayangi sesiapapun

RENUNGAN SEJENAK - SAYU DI HATI


RENUNGAN SEJENAK - SAYU DI HATI

Tatkala diri tersisih pergi
Terasa hidup sunyi sepi
Tiada yang ada bertanyakan soalan
Dari segi kesihatan ataupun kehidupan

Ukhwah dicari bukan dijauhi
Mencari erti hubungan sejati
Jika tiada yang menyangi diri 
cubalah tenang dan sabarkan lah diri...

Hidup tidak semudah yang di ingini
nampak tenang tapi, bergolak di dalam hati
jika kita tidak mengsyukuri, 
nikmat Allah Rabbul Izzati
Maka bencana bakal menanti

Bangkitlah semula kuatkan hati
ingat sentiasa Allah menyangi
tetap setia berada di sisi
walaupun tiada siapa yang peduli

Berdoa dan sujudlah pada Ilahi
Moga hidup kita selalu di berkati
Tenangkan jiwa ceriakanlah hati
Agar hidup selalu di Rahmati
Amin amin amin Ya Rabbalalamin.....


Deejay Ibumisali
20/2/2014

Wednesday, January 8, 2014

Tegur berhemah


Tegur dengan berhikmah tak sama dgn menyinis.... 
fahamkan betul2 dua situasi yg berbeza ini

Bantu Ikhlas

Sedari diri:

Ada berbagai cara utk berjihad. Buatlah apa cara yang termampu oleh kita, tanpa ada riak.... kita bantu ikhlas, tak sebut pun takpe... umpama kita bersedekah dgn tgn kanan, biar tangan kiri tak tau.... banyak mana pun kita buat... jagalah pahalanya agar tak hangus... ikhlas tu umpama semut hitam yg berjalan dimalam yang gelap... susah nak jaga tu
- Bintang Hati Ku