Thursday, December 19, 2013

Pilih Yang Mana satu

"Semua yang berlaku dalam hidup kita adalah bayangan dari apa yang kita pilih, dan kalau inginkan kelainan dalam hidup, kita harus membuat pilihan yang  lebih sesuai dan tepat"  - Deejay Ibumisali

Thursday, December 5, 2013

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya


Dalam sesuatu musibah atau situasi yang berat untuk ditanggung, kita mudah sahaja untuk mengalah. Namun, ayat di atas mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang tersembunyi dalam diri kita, tinggal kita sahaja untuk mencari kekuatan itu. Bilamana kita kehilangan seseorang yang tersayang, ataupun kita dihantar bertugas jauh daripada ahli keluarga, ataupun kita ditimpa sesuatu kecelakaan, ayat inilah yang akan kita sebut untuk menguatkan semangat dan motivasi diri. Ayat inilah yang kita akan pegang sebagai suatu tolakan dalaman untuk terus bertahan dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi. Andai kita terlupa, pasti akan ada orang-orang sekeliling yang mengingatkan kita kepada firman Allah ini.

Namun terkadang kita jarang kaitkan ayat ini dengan satu anugerah, rezeki, jawatan atau situasi yang kita harapkan dapat kita miliki. Contohnya, sepasang suami isteri yang mengharapkan dikurniakan cahaya mata, namun sehingga kini, masih tidak mendapat seperti yang diharapkan. Mengaitkan dengan ayat di atas bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu, maka ia memberitahu bahawa kemungkinan, kita belum bersedia untuk menjadi ibubapa yang baik dan sekiranya Allah penuhi permintaan kita mengikut kehendak kita, belum tentu kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan sebaiknya. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu, bukan? Sepertimana juga jika kita sangat mengharapkan ditemukan dengan jodoh kita dengan segera namun masih belum bertemu dengannya. Maka boleh jadi, kita belum bersedia sepenuhnya lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri  lagi. Sekalipun kita merasakan kita sudah serba bersedia, tapi Allah lebih mengetahui, bukan?

“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)

Maka, bilamana kita tidak mendapat sesuatu yang kita sangat harapkan, periksalah diri kita kembali. Carilah kekurangan pada diri dan berusahalah untuk memperbaiki kelemahan itu. Boleh jadi kita sudah cukup dari segi material untuk mendirikan rumah tangga, tapi dari segi kemantapan iman dan hubungan dengan tuhan, adakah ia sudah disempurnakan sebaik mungkin? Andai sudah memiliki pelbagai kepakaran yang diperlukan dan sudah selayaknya dinaikkan pangkat di tempat kerja, sudah sempurnakah dari sudut mengawal emosi, amarah dan akhlak? Begitu juga, andai kita aktif dalam jalan dakwah dah selayaknya menerima taklifan yang diberikan kepada sahabat seperjuangan kita, maka periksalah kembali, adakah niat kita berkorban dalam dakwah itu benar? Atau mungkinkah ada niat-niat yang lain yang mendasari setiap amal perbuatan kita?

Pasti ada sesuatu aspek yang kita belum selesaikan sebaiknya yang menjadikan kita belum betul-betul bersedia untuk diberikan sesuatu yang kita harapkan itu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Selidiklah diri kita dengan benar dan jujur dan perbaikilah kelemahan-kelemahan diri. Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita, insya-Allah. Yakinlah..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)



Teka Teki - Cuba Jawab...

 
En Adi Musa (composer lagu dari singapura)

Apa tu Dia?..
Dia tidak berwarna, tidak berbentuk, tidak boleh di sama kan dgn yg lain...
pada Dia kita mengucap syukur, Pd Dia kita minta pertolonggan. 
Dia lah YANG menghidupkan kita, Insan, Binatang, Pokok2...Dia Ada di Dalm Setiap Insan, Binatang, Pokok2..bahan2 Tumbuahn...
SETIAP YANG BERNYAWA... 

Masih Tak Tahu?.......
Kesian nya....
Bye Bye lah..............

* cuba jawap kalau pandai sangat 

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

KATA-KATA NASIHAT

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadarNya serta sentias sabar sehingga menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepada-Nya.

Sentiasa berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, namun masih tidak dapat lagi membendung hajat hati si hamba itu.

Wallahu a'lam.

Bukan untuk bersaing

Sebenarnya kita di ciptakan bukan 
untuk bersaing, tapi kita di ciptakan
untuk saling melengkapi....

Orang suka cakap..

Orang lain boleh cakap apa saja tentang kita,
tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat,
kalau niat kita baik... baiklah jadinya...
kalau niat kita tak baik..
terjadilah sebaliknya..

Nikmat Hidup

Nikmat SIHAT akan terasa jika 
kita pernah SAKIT...
Nikmat HARTA akan terasa jika
kita pernah SUSAH...
Nikmat HIDUP akan terasa 
indah jika pernah mendapat MUSIBAH...
Kerana MUSIBAH adalah awal dari 
KENIKMATAN HIDUP.....

Kenapa aku di UJI?

Selagi kita tidak di uji
selagi itulah kita tidak tahu..
kekuatan diri.. keikhlasan hati
dan keteguhan iman..

Awak dah lupakan kita yer?

Awak!  awak dah lupakan kita yer?
kita tak pernah lupakan awak,
dalam setiap solat kita, 
kita selalu mohon pada ALLAH 
menjaga dan senantiasa merahmati awak tau...

Sentuhan kasih IBU

Sentuhan yang paling menenangkan
adalah sentuhan kasih seorang 
IBU

Jangan memilih yang cantek..

"Jangan memilih yang cantek,
kerana ia bersifat sementara saja..
tapi pilihlah yang baik dan ikhlas,
kerana, 
dia akan taat dan menjaga kita dengan baik'

Mohon Kemaafan

Saling memaafkan itu adalah amalan mulia, 
kalau memaafkan itu mendamaikan jiwa..  
kenapa tidak hulurkan kemafan.. 
sebab...
tiada manusia yang sempurna

Harta dan Iman

Harta itu boleh habis,
tapi ilmu dan iman akan menjaga mu

Air Mata

Air mata adalah satu satunya cara bagaimana mata berbicara,
ketika bibir tidak mampu menjelaskan 
apa yang telah membuatkan hati mu terluka

Berteman..

Berteman itu lebih baik 
daripada hidup sendirian

Teman Sejati

Pelengkap sesebuah kehidupan 
adalah teman sejati 
yang sentiasa ada di saat kita memerlukan

Allah Wujukkan Kasih Sayang..

Allah mewujudkan 
KASIH SAYANG
membolehkan kita
mengenali
sesama insan
Allah menitipkan
rasa rindu
agar kita saling
mengingati....

Jangan berhenti berharap dan berdoa

Jangan pernah berhenti berharap
dan berdoa kerana ALLAH lebih
tahu saat yang tepat untuk
mengabulkan doa dan permintaan kita

Hati hati sebelum berkata kata

Pilihlah perkataan dengan hati-hati
kerana kalau salah TERUCAP
orang hanya mampu MEMAAFKAN
tapi belum tentu MELUPAKAN

Hanya mampu BERDOA

Aku hanyalah insan serba kekurangan
dan aku juga insan yang banyak
kekurangan, untuk membuat orang selalu
gembira di sisi ku dan membahagiakan
itu di luar kemampuan ku
yang aku mampu hanyalah
MENDOKAN
kebahagiaan semua orang

Masa Lalu

Usah di sesali kehidupan masa lalu kita, 
kerana itu adalah pelajaran dan peringatan kepada kita tapi..
rancanglah kehidupan hari ini dan  seterusnya agar tidak tergelincir lagi

Jika orang berbicara mengenai kita..

Jika orang berbicara mengenai kita di belakang, 
itulah tanda kita senantiasa di hadapan, 
di saat orang merendahkan diri kita, 
itu adalah kita sudah di tempat yang tinggi dari dia......

Menghitung Usia

KITA boleh menghitung usia kita yang telah digunakan,
tapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih TINGGAL

Usah di keluh

Usah dikeluh masalah yang datang,
adakalanya kita perlu merasakan
pahit dan sakit untuk memperolehi
bahagia dan kejayaan hidup...

Usah mencari Aib orang

Usah di cari kelemahan dan aib orang lain,
carilah kelemahan dan aib sendiri
bila sudah jumpa kita akan rasa malu nak cari aib orang lain.....

Sesuatu yang lebih BAIK

Dalam hidup kita tidak mampu
menolak kegagalan dan kesilapan
tapi kita boleh mengubahnya
kepada sesuatu yang lebih BAIK

Mengingati KEMATIAN


Banyak mengingat
KEMATIAN akan 
membuat mu INGAT
dan DEKAT dengan 
TUHAN

Semua yang berlaku ada hikmah

Apapun yang terjadi dalam hidup
janganlah bersedih, semua yang berlaku
ada hikmah tersembunyi, setiap ujian
yang di berikan-NYA tidak melebihi batas
kemampuan kita

Akar Dosa

Dosa umpama pokok
yang tumbuh di dalam hati
semakin lama dosa itu dibiarkan
tanpa di cabut keluar
semakin kuat cengkaman akar dosa itu
di dalam jiwa seseorang

Ibu.....

Cerita dan karya

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ya mak, ni samad. Kenapa call samad? Samad tengah kerja ni.
Ibu tua: Mak saja telefon.
Samad: Oh.. Ingatkan ada apa tadi. Samad ada kerja sikit ni mak. Nanti samad call balik.

Keesokan Hari

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Ada apa mak call malam-malam ni?
Ibu tua: Mak saja telefon. Ko kat mana?
Samad: Samad sekarang kat luar ni. Jumpa client dengan kawan-kawan. Nanti samad dah balik rumah, samad call mak balik ye.

Keesokan Hari

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Sorry mak, semalam balik lambat. Balik terus tertidur. Kenapa mak?
Ibu tua: Mak nak tanya sikit.
Samad: Tanya apa tu?
Ibu tua: Berapa gaji ko sehari nak?
Samad: Emm.. Boleh la mak. Dalam RM100 sehari. Tu pun tak berapa nak cukup kalau duduk kat bandar ni.
Ibu tua: Kalau macam tu, mak ada duit sikit nak kasi ko. Buat belanja ko kat sana.
Samad: La ye ke? Susah-susah je mak. Mak simpan duit tu untuk belanja rumah dah la. Kat sini tau la samad cari duit.
Ibu tua: Kau balik la rumah sehari dua nak. Nanti mak bayar gaji RM200. Mak rindu kat kau nak.

Kadang-kadang kita terlupa..
Betapa pentingnya kita buat mereka..

Hargailah mereka selagi ada